11 July 2019

MyKori Dessert



2 minggu lepas aku dan husband sempat singgah ke MyKori Dessert Cafe yang terletak di Kota Kemuning.. terliur hoiii hari2 nampak gambar desserts ni lalu lalang kat IG.
Walaupun ada outlets Bukit Tinggi yang lebih dekat dari rumah, tapi tetap lah nak menyinggah kat sini. 

Untuk korang tak pernah dengar nama cafe ni, MyKori ni sebenarnye dah ada lebih dari 30 outlets di seluruh Malaysia. Dan maksud kakigori ni pula ialah shaved ice desserts. Lebih kurang sama macam ABC, ais kepal tu semua.. Tapi yang specialnya #ABCjepun ni dihiasi fresh fruits, ice cream dan pelbagai topping flavours.

Untuk aku yang pencinta milo ni memang sesuai lah order MILO KAKIGORI. Huhh tak larat nak makan portion besar maka kita order mini size sudahhh.


With milk ice, milo nuggets, milo crunch, milo sauce as well as creme chantilly and milo powder.

Selain dari Kakikori, kalau korang yang suka mengunyah2 ni boleh try Croissant Taiyakie. Dalam banyak-banyak pilihan yang ada, aku tertarik dengan Chicken Slice & Cheese Taiyakie. Ya ampunn sedap rasa savoury gitu sebab aku kurang suka sweet taste.

Comel kan? acuan ikan emas.. rangup. 

Korang sure terliur lepas baca posting aku ni, tak payah la tunggu lama2... cepat try!!

No comments:

Post a Comment