Hari Sabtu.
Pagi tadi lepas kejutkan husband pergi kerja, aku sambung bergolek-golek atas katil sambil berfikir plan nak kemana hari ni.. kebiasaannya tunggu husband balik kerja lepas tu kitorang keluar berjalan-jalan, makan-makan. Haishh macam manalah kau tak gemuk.
Teringat pulak dalam fridge ada bahan mentah beli kat CLC minggu lepas. Oklah kita masak je lah apa yang ada.. tak payah keluar makan. Stok spaghetti memang sentiada ada kat rumah ni..senang nak masak. Anak-anak pun laju je makan berbanding makan nasi.
So entry hari ini aku nak share resepi spaghetti aglio. Senang dan ringkas. Guna je bahan-bahan sedia ada. Senarai bahan-bahan ada dalam setiap gambar yang akan aku tunjukkan dalam step cara nak masak. InsyaAllah menjadi.
Pertama sekali, korang sediakanlah pan atau kuali yang bersesuaian. Kuali aku memang saiz besar, senang nak mengacau menggaul bagai.
Panaskan kuali dulu kemudian tuang olive oil + minyak masak dengan secukupnya.
Bila minyak dah panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi (kalau tak makan pedas, abaikan aje bahan ni). Bahan-bahan tumisan elok dimayang aje. Kalau korang rajin nak blend pun takde masalah.
Agak-agak bahan tumisan dah garing, masukkan sausage atau apa-apa jenis protein pilihan masing-masing. masak sehingga sausagenampak kembang dan cukup masak.
Bahan seterusnya yang menjadi penyedap dalam resipi spaghetti ialah bahan sampingan sayur-sayuran. Pilihan aku ialah shitake mushroom, tomato cherry dan buah zaitun. Buah zaiton jeruk ada dijual dalam botol. Korang boleh cari di supermarket, biasanya ada di tempat rak makanan dalam tin.
Selepas sayuran tu dah layu, kita masukkan bahan perasa (kiub pati ayam/serbuk lada hitam/garam/Italian herbs/serbuk secukup rasa). Kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus.
Akhir sekali kacau rata dan teruskan memasak sehingga spaghetti nampak sebati.
Untuk anak-anak, ibu masak kan spaghetti carbonara yang super creamy and yummy!