15 July 2019

Resipi Spaghetti Aglio

Hari Sabtu.

Pagi tadi lepas kejutkan husband pergi kerja, aku sambung bergolek-golek atas katil sambil berfikir plan nak kemana hari ni.. kebiasaannya tunggu husband balik kerja lepas tu kitorang keluar berjalan-jalan, makan-makan. Haishh macam manalah kau tak gemuk.

Teringat pulak dalam fridge ada bahan mentah beli kat CLC minggu lepas. Oklah kita masak je lah apa yang ada.. tak payah keluar makan. Stok spaghetti memang sentiada ada kat rumah ni..senang nak masak. Anak-anak pun laju je makan berbanding makan nasi.

So entry hari ini aku nak share resepi spaghetti aglio. Senang dan ringkas. Guna je bahan-bahan sedia ada. Senarai bahan-bahan ada dalam setiap gambar yang akan aku tunjukkan dalam step cara nak masak. InsyaAllah menjadi.


















Pertama sekali, korang sediakanlah pan atau kuali yang bersesuaian. Kuali aku memang saiz besar, senang nak mengacau menggaul bagai.
Panaskan kuali dulu kemudian tuang olive oil + minyak masak dengan secukupnya.


Bila minyak dah panas, tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi (kalau tak makan pedas, abaikan aje bahan ni). Bahan-bahan tumisan elok dimayang aje. Kalau korang rajin nak blend pun takde masalah. 


Agak-agak bahan tumisan dah garing, masukkan sausage atau apa-apa jenis protein pilihan masing-masing. masak sehingga sausagenampak kembang dan cukup masak.


Bahan seterusnya yang menjadi penyedap dalam resipi spaghetti ialah bahan sampingan sayur-sayuran. Pilihan aku ialah shitake mushroom, tomato cherry dan buah zaitun. Buah zaiton jeruk ada dijual dalam botol. Korang boleh cari di supermarket, biasanya ada di tempat rak makanan dalam tin.



Selepas sayuran tu dah layu, kita masukkan bahan perasa (kiub pati ayam/serbuk lada hitam/garam/Italian herbs/serbuk secukup rasa). Kemudian masukkan spaghetti yang telah direbus.














Akhir sekali kacau rata dan teruskan memasak sehingga spaghetti nampak sebati.

Untuk anak-anak, ibu masak kan spaghetti carbonara yang super creamy and yummy!












12 July 2019

SEVENTEEN - KEMARIN [Official Music Video]



Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana

Selamanya
.................................................................................................

Menyentuh perasaan betul lah lirik dan melodi lagu ni.


First time aku dengar lagu ni masa event berbuka puasa 2019 kat The Venue. Ada sesorang penyanyi wanita jemputan dendangkan lagu ni.

Ketinggalan betul rasanya.. rupanya lagu ni released tahun 2016.

Lagu ini mula naik selepas terjadinya trage

di tsunami Banten yang melibatkan kematian ahli kumpulan Seventeen itu sendiri
Yang tragis nya bait-bait lirik lagu ni bagai menjadi kenyataan. 
Salam takziah untuk yang terlibat.

11 July 2019

Kawan atau Lawan



Secara jujurnya aku tak punya ramai kawan.
Kawan-kawan yang aku kenal dari zaman sekolah dan UiTM masih lagi berhubung dalam group whatsapp/facebook/IG.

Ya.. aku prefer buat hal sendiri di office. Kebetulan dah memang aku seorang je perempuan dalam office. Jangan pelik sebab work environment aku dikelilingi kaum lelaki. Di lain entry nanti aku cerita details.

Prinsip aku mudah je. Kau berkawan dengan aku, maka aku pun berkawan dengan kau. Yang tak kenal aku luar dalam, memang aku guarantee 100% akan cakap aku sombong. Muka aku garang okeh. Nasib baik selamat ber-laki tau. Hahahaha


MyKori Dessert



2 minggu lepas aku dan husband sempat singgah ke MyKori Dessert Cafe yang terletak di Kota Kemuning.. terliur hoiii hari2 nampak gambar desserts ni lalu lalang kat IG.
Walaupun ada outlets Bukit Tinggi yang lebih dekat dari rumah, tapi tetap lah nak menyinggah kat sini. 

Untuk korang tak pernah dengar nama cafe ni, MyKori ni sebenarnye dah ada lebih dari 30 outlets di seluruh Malaysia. Dan maksud kakigori ni pula ialah shaved ice desserts. Lebih kurang sama macam ABC, ais kepal tu semua.. Tapi yang specialnya #ABCjepun ni dihiasi fresh fruits, ice cream dan pelbagai topping flavours.

Untuk aku yang pencinta milo ni memang sesuai lah order MILO KAKIGORI. Huhh tak larat nak makan portion besar maka kita order mini size sudahhh.


With milk ice, milo nuggets, milo crunch, milo sauce as well as creme chantilly and milo powder.

Selain dari Kakikori, kalau korang yang suka mengunyah2 ni boleh try Croissant Taiyakie. Dalam banyak-banyak pilihan yang ada, aku tertarik dengan Chicken Slice & Cheese Taiyakie. Ya ampunn sedap rasa savoury gitu sebab aku kurang suka sweet taste.

Comel kan? acuan ikan emas.. rangup. 

Korang sure terliur lepas baca posting aku ni, tak payah la tunggu lama2... cepat try!!

Perempuan vs Eyeliner

Berdekah bila aku tertengok netizens share gambar ni kat FB.
Serious lah terasa sebab aku memang sejenis yang WAJIB tenyeh eyeliner.
Kalau tak pakai eyeliner rasa kecik nau nau mata ni.
Siapa macam aku?